Kelas Fotografi & Advokasi KDB
29 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Aktiviti ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta 1 orang pelajar lelaki dan 5 orang peserta perempuan. Kesemua peserta untuk kelas kali ini merupakan pelajar lepasan SPM.
Untuk kelas kali ini, pelajar telah diajar menggunakan applikasi telefon iaitu Picsart. Kelas kali ini pelajar telah diajar cara mengedit gambar dengan telefon menggunakan applikasi ini. Untuk kelas kali ini, pelajar belajar cara membuang background pada gambar serta menambah latar belakang.
Setelah tamat kelas pengenalan resume peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk ‘Call Spoofing’. Advokasi ini adalah mengenai Penipuan dan penyalahgunaan teknologi dengan memanipulasi nombor talian telefon. Dilakukan dengan memalsukan nombor talian telefon dengan nombor lain yang merupakan nombor yang sah seperti dari Bank, Polis atau pihak berkuasa yang lain. Dengan menyertai kelas ini mereka dapat mengelakan diri daripada menjadi mangsa call spoofing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: